Saturday, July 13, 2013

MAJLIS PERLANTIKAN DAN PENYERAHAN TUGAS.

Perak Amanjaya Internship 2013 telah mengadakan majlis penyerahan watikah perlantikan kepada semua pelatih yang telah terpilih. Majlis berlangsung pada 9 JULAI 2013 di Bangunan UMNO Perak. Seramai 31 pelatih yang terlibat telah menerima sijil perlantikan daripada Dato' Shalimin Shaffie.

Taklimat juga telah diberikan oleh pihak atasan Amanjaya Internship 2013. Amanjaya internship 2013 merupakan program pertama yang dilaksanakan yang memberi latihan politik (Political internship) dimana setiap pelatih diletakkan di bawah wakil rakyat di DUN negeri Perak yang telah berjaya dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu. Program inj berlangsung selama 2 bulan bermula pada 9 julai 2013 sehingga 9 september 2013. Pelatih-pelatih yang terpilih merupakan anak-anak negeri perak dan juga merupakan penuntut dan bekas pelajar IPTA dan IPTS.



* Sesi bergambar selepas menerima watikah perlantikan dan mendengar taklimat.


31 pelatih telah ditempatkan di DUN masing-masing. Pelatih yang terpilih ini akan memulakan khidmat bersama Adun masing-masing. Segala aktiviti yang dijalankan di DUN masing-masing harus mengikuti kriteria yang telah ditetapkan. Semoga program ini dapat dijalankan dengan sebaik mungkin oleh pelatih-pelatih, dengan adanya program ini semua pelatih dapat menambah pengetahuan dan menimba pengalaman dalam politik dan melihat sendiri bagaimana wakil rakyat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.



p/s : tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua rakan seperjuangan yang terlibat di dalam program ini.


No comments:

Post a Comment