Sunday, July 14, 2013

LAPOR DIRI.


11 JULAI 2013 (KHAMIS).


Pada 11 julai 2013 (Khamis), jam 11.00 pagi saya telah melapor diri di Pusat Khidmat DUN Slim. Perjalanan saya mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke sana. Saya melapor diri kepada staf YB Dato' Mohd Khusairi bin Abdul Talib. Saya tidak dapat bertemu dengan YB kerana beliau menghadiri mesyuarat. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini :-

* berkenalan dengan semua staf di Pusat Khidmat DUN Slim

* menerangkan serba sedikit antara kriteria yang harus dilakukan di sana dalam tempoh 2 bulan (polling, office adminstration, event management, turun padang 3P).

* mendengar sedikit taklimat daripada staf di sana tentang Pusat Khidmat DUN Slim.

* diminta memulakan tugas pada keesokkan harinya iaitu pada 12 julai 2013 (jumaat).



12 JULAI 2013 (JUMAAT).

Pada hari inj saya memulakan tugas di Pusat Khidmat DUN Slim seawal jam 9.00 pagi. Sempena bulan ramadhan waktu operasi Pusat Khidmat DUN Slim ialah 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Kebiasaannya waktu beroperasi adalah daripada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pada hari ini sekali lagi saya tidak dapat berjuma dengan YB Khusairi kerana beliau telah pergi ke Terengganu bagi Pilihanraya Kecil Kuala Besut. Namun begitu, saya telah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada staf beliau di Pusat Khidmat tersebut. Oleh kerana YB tiada maka, tiada aktiviti yang dapat dijalankan. Saya hanya melihat bagaimana staf di sana membuat kerja. Mereka sedikit sebanyak mengajar saya tentang pengurusan pejabat seperti melayan rakyat yang datang dengan pelbagai urusan. Saya mengambil peluang melihat bagaimana tugas mereka menguruskan urusan YB .


No comments:

Post a Comment