Monday, July 22, 2013

18 JULAI 2013

PROGRAM :  ZIARAH RAMADHAN 2013

LOKASI : FELDA GUNUNG BESOUT 03

MASA : 11.00 AM

PERKARA :-

Assalamualaikum wbt... salam amanjaya... pada 18 julai 2013 saya telah mengikuti YB Dato' Mohd Khusairi   menziarahi tiga orang warga uzur di Felda Gunung Besout 03. Program ziarah ramadhan ini turut disertai oleh krew Selamat Pagi Malaysia (RTM 1). Warga uzur ini menerima kotak makanan daripada YBU...












* sekitar program Ziarah Ramadhan Warga UZur di Felda Gunung Besout 03.



PROGRAM : BUBUR LAMBUK RAMADHAN 2013

LOKASI : PEKARANGAN PUSAT KHIDMAT DUN, SLIM

MASA : 4.30 pm

PERKARA :-

Sempena bulan ramdhan 2013, Pusat Khidmat DUN telah memasak bubur lambuk di Pekarangan Pusat Khidmat DUN. YB Dato Khusairi mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai.








* sekitar memasak dan mengagihkan bubur lambuk sempena Ramadhan 2013




Friday, July 19, 2013

17 JULAI 2013 (RABU).

Program Ihya Rahmat Ramadhan Peringkat Kebangsaan 2013.


Assalamualaikum wbt dan salam perak amanjaya... Program Ihya Rahmat Ramadhan Peringkat Kebangsaan 2013 telah berlangsung di Felda Gunung Besout 02, Sungkai Perak dan merupakan kawasan DUN Slim. Program ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak. Turut menjayakan program ini Menteri Besar Perak Dato Seri Diraja Dr zambry bin Abdul Kadir.


Pada hari yang sama di sebelah pagi, saya telah mengikuti Dato' Khusairi menghadiri raptai untuk program Ihya Rahmat Ramadhan yang akan berlangsung di sebelah petang. Dato' Khusairi juga melihat persiapan terakhir dan kelengkapan majlis. 


AKTIVITI PAGI



* Dato' Khusairi meluangkan masa menghadiri majlis raptai di sebelah pagi.





AKTIVITI PETANG (MAJLIS BERLANGSUNG)



* Tentatif program 



* Ucapan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib...turut berada di atas pentas Menteri Besar Dato Seri Diraja Dr. zambry dan YB Dato' Mohd Khusairi 



* sekitar Program Ihya Rahmat Ramadhan 2013 peringkat Kebangsaan.



* turut bersama adalah kawan2 daripada DUN BEHRANG & DUN AIR KUNING.



* antara VVIP yang hadir


* YB Dato Khusairi , YB Dato Rusnah





* perdana menteri memberi ucapan.


* antara VVIP yang hadir


* warga felda yang hadir


* penyampaian sumbangan


* YB Dato' Mohd Khusairi menyambut ketibaan Perdana Menteri di MRSM FELDA.

Tuesday, July 16, 2013

16 JULAI 2013 (SELASA)

Assalamualaikum wbt dan Salam Perak Amanjaya...hari ini saya bersama YB Dato' Mohd Khusairi telah melihat tapak untuk Program Ihya Rahmat Ramadhan peringkat Kebangsaan di Felda Gunung Besout 02, Sungkai Perak. Program ini akan berlangsung pada 17 Julai 2013. Program inj dihadiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Turut hadir pada Majlis ini Menteri Besar Perak Dato' Seri Dr zambry Abdul Kadir. Program ini telah melibatkan seluruh masyarkat Felda di Malaysia. Semua masyarakat felda berpeluang berbuka puasa bersama Perdana Menteri. YB Dato' Mohd Khusairi telah melihat persiapan dan persediaan yang telah dijalakan oleh penduduk felda gunung besout.



* Bersama YB Dato' Mohd Khusairi melawat tapak dan persediaan program Ihya Rahmat Ramdhan di Felda Gunung Besout 02, Sungkai Perak.





* YB Dato' Mohd Khusairi beramah mesra dengan penduduk felda gunung besout yang bertungkus lumus membuat persiapan dan persediaan untuk Program Ihya Rahmat Ramadhan 2013.




* antara sebahagian tempat yang dalam proses untuk disiapkan sempena program bersama Perdana Menteri.



Sunday, July 14, 2013

LAPOR DIRI.


11 JULAI 2013 (KHAMIS).


Pada 11 julai 2013 (Khamis), jam 11.00 pagi saya telah melapor diri di Pusat Khidmat DUN Slim. Perjalanan saya mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke sana. Saya melapor diri kepada staf YB Dato' Mohd Khusairi bin Abdul Talib. Saya tidak dapat bertemu dengan YB kerana beliau menghadiri mesyuarat. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini :-

* berkenalan dengan semua staf di Pusat Khidmat DUN Slim

* menerangkan serba sedikit antara kriteria yang harus dilakukan di sana dalam tempoh 2 bulan (polling, office adminstration, event management, turun padang 3P).

* mendengar sedikit taklimat daripada staf di sana tentang Pusat Khidmat DUN Slim.

* diminta memulakan tugas pada keesokkan harinya iaitu pada 12 julai 2013 (jumaat).



12 JULAI 2013 (JUMAAT).

Pada hari inj saya memulakan tugas di Pusat Khidmat DUN Slim seawal jam 9.00 pagi. Sempena bulan ramadhan waktu operasi Pusat Khidmat DUN Slim ialah 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Kebiasaannya waktu beroperasi adalah daripada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pada hari ini sekali lagi saya tidak dapat berjuma dengan YB Khusairi kerana beliau telah pergi ke Terengganu bagi Pilihanraya Kecil Kuala Besut. Namun begitu, saya telah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada staf beliau di Pusat Khidmat tersebut. Oleh kerana YB tiada maka, tiada aktiviti yang dapat dijalankan. Saya hanya melihat bagaimana staf di sana membuat kerja. Mereka sedikit sebanyak mengajar saya tentang pengurusan pejabat seperti melayan rakyat yang datang dengan pelbagai urusan. Saya mengambil peluang melihat bagaimana tugas mereka menguruskan urusan YB .


Saturday, July 13, 2013

MAJLIS PERLANTIKAN DAN PENYERAHAN TUGAS.

Perak Amanjaya Internship 2013 telah mengadakan majlis penyerahan watikah perlantikan kepada semua pelatih yang telah terpilih. Majlis berlangsung pada 9 JULAI 2013 di Bangunan UMNO Perak. Seramai 31 pelatih yang terlibat telah menerima sijil perlantikan daripada Dato' Shalimin Shaffie.

Taklimat juga telah diberikan oleh pihak atasan Amanjaya Internship 2013. Amanjaya internship 2013 merupakan program pertama yang dilaksanakan yang memberi latihan politik (Political internship) dimana setiap pelatih diletakkan di bawah wakil rakyat di DUN negeri Perak yang telah berjaya dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu. Program inj berlangsung selama 2 bulan bermula pada 9 julai 2013 sehingga 9 september 2013. Pelatih-pelatih yang terpilih merupakan anak-anak negeri perak dan juga merupakan penuntut dan bekas pelajar IPTA dan IPTS.



* Sesi bergambar selepas menerima watikah perlantikan dan mendengar taklimat.


31 pelatih telah ditempatkan di DUN masing-masing. Pelatih yang terpilih ini akan memulakan khidmat bersama Adun masing-masing. Segala aktiviti yang dijalankan di DUN masing-masing harus mengikuti kriteria yang telah ditetapkan. Semoga program ini dapat dijalankan dengan sebaik mungkin oleh pelatih-pelatih, dengan adanya program ini semua pelatih dapat menambah pengetahuan dan menimba pengalaman dalam politik dan melihat sendiri bagaimana wakil rakyat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.



p/s : tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua rakan seperjuangan yang terlibat di dalam program ini.