Wednesday, September 4, 2013

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK 2013

Tarikh : 26/08/2013 - 30/08/2013
Tempat : Bangunan SUK Negeri Perak.
Masa : 9.00 am - 5.00 pm

perkara :

Assalamualaikum wbt dan salam perak amanjaya....Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak telah berlangsung dengan jayanya pada 26/08/2013 hingga 30/08/2013. Peluang yang diberikan untuk menjadi Pemerhati semasa sidang berlangsung merupakan peluang keemasan dan tidak dapat dilupakan oleh saya dan rakan-rakan pelatih yang lain. Seramai 31 orang pelatih telah menjadi pemerhati semasa sidang berlangsung dan menyaksikan sendiri wakil-wakil rakyat mereka bersidang.




* teruja dan seronok dapat melihat sendiri perjalanan persidangan DUN Perak. pertikaman lidah dan perdebatan antara wakil-wakil rakyat...




Sunday, August 18, 2013

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2013

Tarikh : 17 Ogos 2013
Masa : 8.00 PM-11.00 PM
Lokasi : Tasik YDP, Slim
Kriteria : Pengurusan Majlis

Perkara : 


  •  Pada malam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri tetamu khas yang hadir ialah YB BUNG MOKHTAR. Turut bersama YB Dato’ Mohd Khusairi dan YB Dato Rusnah.
  •  Antara menu Rumah Terbuka Aidilfitri ialah nasi tomato, nasi putih, lemang, rendang, laksa,   mee/bihun sup, kuew tiaw goreng, tapai, aiskrim dan beberapa jenis makanan lain.
  • Majlis diserikan lagi dengan Persembahan Nyanyian oleh YB Datuk Bung Mokhtar Radin.
  • Penyampaian duit raya kepada kanak-kanak oleh YB Datuk Bung Mokhtar, YB Dato Mohd Khusairi dan YB Dato Rusnah
  • Majlis bermula jam 8.00 malam hingga 11.30 malam ini dihadiri kira-kira 3000 orang.





  • pengalaman bersama staf menguruskan majlis sebelum dan semasa program amat menyeronokkan, banyak tugas yang tidak pernah dilakukan dapat dilakukan untuk Majlis Rumah terbuka ini.



7 OGOS 2013

Hari : Rabu
Lokasi : Taman Permai Jaya, Sungkai
Masa : 8.00 am
Kriteria : Turun Padang 3P

Perkara : Penyembelihan dan Pengagihan daging Lembu. bersama staf Pusat Khidmat Dun turun membantu dan mengagihkan daging lembu. Program ini merupakan program akhir Ramadhan.








* pengalaman yang seronok membantu semua yang terlibat.

Wednesday, August 14, 2013

3 OGOS 2013 & 5 OGOS 2013

Hari : Sabtu
Lokasi : Felda Gunung Besout 02
Masa : 3.00 am
Kriteria : Turun Padang (3P)

Perkara : Program Singgah Sahur bersama YB Dato' Mohd Khusairi. YB Dato juga memberikan sedikit sumbangan dan makanan untuk bersahur.












Pengalaman mengikuti YB Dato untuk program singgah sahur memang menyeronokkan..walaupun mengantuk sebab seawal jam 3 pagi tapi ia memberikan pengalaman yang indah. Saya mengagumi kepimpinan YB Dato kerana turun padang tidak kira masa..pengorbanan dan kesungguhan beliau..




Tarikh : 3 OGOS 2013
Hari : Sabtu
Masa : 5.30 pm
Lokasi : Masjid Sultan Idris, Slim
Kriteria : Pengurusan Majlis

Perkara : Pada hari ini berlangsung Majlis Penyampaian sumbangan dan majlis berbuka puasa. Sumbangan disampaikan oleh YB Dato Mohd Khusairi selaku ADUN, Slim kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal..












Tarikh : 5 OGOS 2013
Hari : Isnin
Masa : 3.00 pm
Lokasi : Perkarangan Pusat Khidmat Dun, Slim
Kriteria : Pengurusan Majlis

Perkara : Pada hari ini berlangsung majlis memasak dan mengagihkan bubur lambuk di perkarangan pusat khdimat dun, slim. bubur dimasak oleh UMNO Bahagian Tanjung Malim. YB Dato turut serta dalam mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai.







Tarikh : 5OGOS 2013
Hari : Isnin 
Masa : 6.00 pm
Lokasi : Masjid Bidor
Kriteria : Turun Padang 3P

Perkara : Penyampaian Sumbangan dan Majlis Berbuka Puasa. Mengikuti YB Dato memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal di Masjid Bidor. Majlis diteruskan dengan Majlis berbuka puasa bersama mereka.













Tuesday, August 13, 2013

2 OGOS 2013

Hari : Jumaat
Lokasi : Trolak Country Resort (Dewan Rajawali).
Kriteria : Pengurusan Majlis

Perkara : Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Dato' Mohd Khusairi bin Abdul Talib (Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim).

Pengalaman bersama staf Dun, Slim menguruskan majlis berbuka puasa.













1 OGOS - 2 OGOS 2013

Hari : Khamis & Jumaat
Lokasi : Pusat Khidmat Dun, Slim
Kriteria : Pengurusan Pejabat

Perkara : Minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum menyambut Hari raya aidilfitri. aktiviti yang diajalankan di Pusat Khidmat Dun adalah menyiapkan projek kad raya yang masih belum siap.











pengalaman berdepan dengan beribu kad raya untuk tahun ni setelah sekian lama tidak berjumpa dengan kad raya, seronok dan rasa kekitaan bersama staff-staff pusat khidmat dun slim.. (: