Tuesday, July 16, 2013

16 JULAI 2013 (SELASA)

Assalamualaikum wbt dan Salam Perak Amanjaya...hari ini saya bersama YB Dato' Mohd Khusairi telah melihat tapak untuk Program Ihya Rahmat Ramadhan peringkat Kebangsaan di Felda Gunung Besout 02, Sungkai Perak. Program ini akan berlangsung pada 17 Julai 2013. Program inj dihadiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Turut hadir pada Majlis ini Menteri Besar Perak Dato' Seri Dr zambry Abdul Kadir. Program ini telah melibatkan seluruh masyarkat Felda di Malaysia. Semua masyarakat felda berpeluang berbuka puasa bersama Perdana Menteri. YB Dato' Mohd Khusairi telah melihat persiapan dan persediaan yang telah dijalakan oleh penduduk felda gunung besout.



* Bersama YB Dato' Mohd Khusairi melawat tapak dan persediaan program Ihya Rahmat Ramdhan di Felda Gunung Besout 02, Sungkai Perak.





* YB Dato' Mohd Khusairi beramah mesra dengan penduduk felda gunung besout yang bertungkus lumus membuat persiapan dan persediaan untuk Program Ihya Rahmat Ramadhan 2013.




* antara sebahagian tempat yang dalam proses untuk disiapkan sempena program bersama Perdana Menteri.



No comments:

Post a Comment