Sunday, August 4, 2013

22 JULAI 2013 - 25 JULAI 2013

Kriteria : Pentadbiran Pejabat

Lokasi : Pusat Khidmat Dun, Slim

Masa : 9.00 am - 5.00 pm

Assalamualaikum wbt & salam perak amanjaya... sepanjang minggu ini, saya berada di Pusat Khidmat Dun Slim menjalankan pengurusan dan pentadbiran pejabat. Sempena bulan Ramadhan banyak aktiviti pemberian kurma, bubur lambuk dan projek kad raya.

saya bersama staff Pusat Khidmat Dun sibuk membungkus kurma, menaip dan mengunting nama-nama untuk diletakkan pada kad raya dan juga pada borang mesyuarat UMNO minggu hadapan. Pada yang sama, melayan rakyat yang hadir ke Pusat Khidmat Dun dengan pelbagai urusan.





* dapat jadual terkini aktiviti turun padang YB Dato...




* mengunting senarai nama ketua cawangan UMNO untuk diletakkan pada borang mesyuarat minggu hadapan.






* antara kad raya yang harus disiapkan....



minggu ini memang tak ada langsung aktiviti turun padang sebab dekat pejabat ni memang banyak sangat tugas yang harus dibuat.. (:

No comments:

Post a Comment